Yesus banyak menyentuh tentang penggunaan wang yang bijak. Dalam perumpamaan ini, Yesus tidak mengajar kita supaya berlaku tidak jujur tetapi cuba menarik perhatian kita kepada respons bendahari ini ketika menghadapi masalah dan bagaimana dia bertindak dengan cersik ketika mengalami masalah (ayat 8).
Satu cara bertindak dengan cerdik menurut Yesus ialah menggunakan kewangan dan kekayaan yang kita ada untuk membina persahabatan dengan orang yang boleh menolong kita kemudian hari (ayat 9). Dia juga menuntut supaya kita setia dengan wang yang kita ada (walaupun dianggap sedikit) kerana hanya dengan membuktikan kesetiaan kepada pengurusan wang yang sedikit boleh kita diamanahkan dengan pengurusan wang yang besar.
Akhirnya Yesus memberi amaran - jangan jadi hamba wang (Mamon) sebaliknya kita mesti pandai memperhambakan (menggunakan) wang dan bukan sebaliknya (ayat 13).
Bagaimana anda dan wang anda?
Wang yg kita ada bukannya milik kita.. kita hanya diamanahkan untuk menguruskan wang yg ada untuk memberkati dan dikongsikan bersama rakan2 terutamanya yng memerlukan. berkat yang berlimpahan menanti pengurus wang yg cerdik.. wahh sebenanrnya kita adalah bank manager.. Amen :)
ReplyDelete