Bacaan: Lukas 9:51-62
Tidak mengalah. Setia sampai mati. Melangkah sehingga sampai ke destinasi. Inilah mesej pokok bacaan hari ini.
Yesus menetapkan dalam hatiNya untuk ke Yerusalem, walaupun Dia tahu penderitaan dan maut menunggu. Dia tetap melangkah ke Yerusalem kerana Dia tahu itu rencana (rancangan) Tuhan bagiNya.
Apabila Yesus memanggil kita untuk ikut Dia, Dia juga menuntut ketetapan dan sikap tidak mengalah ini. Walaupun mengikut Yesus mungkin melibatkan penderitaan dan maut, kerana yakin panggilan dan rencana Allah, kita tetap dan terus mengikut Yesus sehingga akhir hayat.
Ingat: jangan pandang balik. Jalan terus!
Haleluya...tajuk ni memang sesuai untuk ODJ yang pertama. Setiap pengikut Kristus harus memastikan bahwa dia tidak akan memandang ke belakang yakni masa lampaunya yang berdosa,keluarganya, keinginan daging lampaunya....inilah halangan yang sentiasa menyekat umat-umat kristen untuk terus maju dalam iman mereka.
ReplyDeleteJusteru dengan itu, untuk menjadi anak Yesus yang terus bertumbuh, kita harus melepaskan segala perkara lepas dan memastikan setiap langkah kita hari ini dan sampai selama-lamanya milik Yesus.
pernah dulu kawan saya katakan..."MENJADI kRISTEN BUKAN MELIHAT SEGALA MASA LAMPAU, TETAPI MELIHAT BAGAIMANA KITA MENGHABISKAN LARIAN KITA SEHINGGA PENGHABISAN. TUHAN BUKAN MELIHAT SIAPA YANG DULU MENGHABISKAN LARIAN ITU,TETAPI MEMANDANG SIAPA YANG SETIA DALAM LARIAN ITU SEHINGGA GARIS PENAMAT"
HALELUYA!!!! TUHAN MEMBERKATI
Shalom...apa yang saya perolehi berdasarkan tajuk ODJ yang pertama ini ialah membuat keputusan untuk mengikuti Yesus tanpa patah balik bermakna kita harus meninggalkan segala kemewahan, kesenangan serta kepentingan diri tanpa ragu-ragu atau was-was. Yesus dalam Lukas 9: 51-62, memberi kita inspirasi dalam kehidupan sekarang iaitu kita harus yakin dan meneruskan perjalanan sebagai orang Kristian yang percaya tanpa rasa risau atau takut. Ini kerana dengan membuat keputusan mengikuti Yesus, akan membawa dan memimpin kita ke arah kehidupan yang kekal bersamaNya di dalam kerajaan Allah Bapa di syurga. Jadi..teruskan misi kita sebagai anak Tuhan yang menyebarkan berita baik bagi Allah kerana Dia sentiasa menyertai kita...Immanuel..^^
ReplyDeleteshalom saudara dan saudari seiman,saya mahu berkongsi pendapat dan kefahaman saya berkenaan dengan pembelajaran ODJ,6 MARCH.Di sini saya mahu menyimpulkan bahawa "KESETIAN KITA TERHADAP JESUS" amat penting.Sebagai anak Tuhan dan telah memilih Jesus sebagai juruselamat kita,kita harus menjadi seorang pengikut yang tetap setia walaupun kita akan berhadapan dengan pelbagai cabaran,kesusahan,dugaan dan segala yang membebankan.Kita jangan cuba untuk berpatah balik kebelakang,sebaliknya terus maju dan setia menurut kehendak dan rencana Tuhan.Amen.PUJI TUHAN~
ReplyDelete"Let's follow Him today and not look back!!!!!!!"
ReplyDeleteyup!!!let we follow Jesus & don't look back...Amen~
ReplyDeleteno looking back...kita patut meninggalkan semua dosa2 kita sebelum kita dapat mengikut Yesus dengan sepenuhnya. Jika ada yang terpendam di dalam diri, kita sendiri akan rasa terbeban dan tidak dapat hidup dengan penuh sukacita di dalam Yesus..meninggalkan dosa juga langkah awal untuk terus berjalan bersama kasih Yesus sepanjang hidup ini..setelah meninggalkannya..jangan pandang belakang lagi..keep moving forward with God...haleluyah!
ReplyDeletepelajarn ini mengingatkan saya ttg seorang kenalan dimana dia seorang kristian namun dia malu untuk pegi ke gereja. dia malu dengan apa yg dia dah perbuat dan ini menyebabkan dia makin ssh untuk kembali ke jalan yang benar. dia sering kali memandang ke belakang dan ini menyebabkan dia makin bergelumbang dgn dosa. saya dah beberapa kali menasihatkan dia bahawa Tuhan kita Maha Pengampun namun sehingga kini dia masih merasakan bhawa dia xlayak diampuni. saya menyeru agar saudara dan saudari yg seiman berdoa akan kenalan ini. sekian terima kasih.
ReplyDeleteno looking back!halleluya!ODJ pertama yg sgt sesuai dan sgt bererti bg diri sy secara peribadi. tajuk ini mengingatkan sy kpd diri sy yg dulu. betapa sy tdk menyenangkn hati Tuhan,tp DIA BAPA yg sgt mengasihi..!sy diselamatkan..terima kasih BAPA!dan pd saat ini,mari kita sbg org2 yg dipilihNYA bersama-sama berjalan dlm terang kasihNYA!all glory be to GOD!
ReplyDelete