Bacaan: Lukas 18:9-14
Sombong dan bongkak. Sesuatu yang Tuhan SANGAT benci. Berita baik: dosa ini boleh kita elakkan dengan sengaja merendahkan diri. Jadikan ini amalan mesti setiap hari dan lihatlah apa yang akan terjadi!
Mungkin ada yang boleh kongsikan apa yang telah dilakukan untuk merendahkan diri atau contoh amalan yang membuktikan orang itu merendahkan diri?
berdiam diri mungkin satu cara untuk merendahkan diri. tetapi, bercakap dengan lemah lembut juga tanda kita merendah diri.
ReplyDeleteSekali lagi tentang perumpamaan yg menjurus kepada perbandingan dua kelompok/golongan. Perlu diingatkan bahwa bahagian ini masih lagi dalam konteks Kerajaan Allah mengenai pembenaran (justification). Kali ini Tuhan mau kita belajar ‘pembenaran’ hidup kita dari sudut pandang Allah. Melalui teks ini, pelajaran yg saya perolehi adalah, bahwa pembenaran bukan datang dari kemampuan untuk hidup kudus kerana menuruti hukum/peraturan (kesalihan). Pembenaran adalah sebuah hadiah yang kita terima dari Tuhan, bukan sesuatu yang kita peroleh atau capai sendiri. Kita tidak mampu untuk menyumbang bagi pembenaran diri kita di hadapan Tuhan. Status ‘benar’ ini hanya diterima dan dihargai. Kita menerima apa yang Kristus lakukan dan tawarkan kepada kita. Pembenaran ini seiring dengan anugerah dan pengampunan.

ReplyDeleteSaya teringat pula mengenai buku yg saya baca, yang menyebut tentang pembenaran (justification) dan penyucian (sanctification). Dan saya senang untuk mengongsikannya dengan kawan-kawan pembaca. Pembenaran adalah hadiah kekudusan manakala penyucian adalah pelatihan kekudusan.
Begini, pembenaran adalah sebuah posisi ~yang terjadi ketika pertobatan iaitu saat kita menerima Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat secara peribadi dalam hidup~
Manakala penyucian adalah sebuah proses ~dari perubahan cara hidup dan pengembangan karakter selama kita hidup yang bermula pada saat kita menerima Yesus~
Jadi,kesedaran terhadap pembenaran diri kita yg dikerjakan oleh Allah, membawa kita kepada suatu dimensi perasaan iaitu terharu dan bersyukur kepada Yesus. Kesedaran inilah yang mendorong kita untuk sentiasa rendah hati dihadapan org lain dan Allah kerana Pembenaran hidup kita sekarang ini merupakan anugerah semata-mata oleh pengampunan Allah terhadap dosa kita, dan menerima kita seadanya!