Murid Yesus meminta supaya diajar berdoa. Dari sini saya simpulkan bahawa doa ialah sesuatu yang boleh diajar dan boleh dipelajari. Bagaimana dengan pembelajaran anda tentang doa? Siapakah yang telah dan sedang mengajar anda berdoa?
Yesus berkata, "Berdoalah seperti ini" (ayat 2). Ini bermaksud ada format atau hal-hal penting yang perlu dinyatakan ketika berdoa. Sesiapa sahaja yang yang memberi perhatian serius kepada apa yang dipanggil 'Doa Yesus' akan sedar ada beberapa hal penting yang mesti didoakan.
Akhirnya, menerusi dialog ini, saya sedar berdoa adalah sesuatu yang Yesus anggap patut dipelajri dan diamalkan. Marilah kita juga belajar bagaimana berdoa dan berdoa (jadi pelaku dan bukan hanya pelajar).
Amen..doa mrupakan satu jalan atau langkah bg kita utk mendekatkan diri dengan Bapa kita di syurga....maka,rajinlah kita semua berdoa..dan saling mendoakan....Halleyu...Praise The Lord~
ReplyDelete