Dalam kesibukan melakukan banyak perkara kita mungkin terlepas memberi perhatian kepada yang terpenting di sekeliling kita. Contoh yang diberi Yesus menarik kerana ini satu fenomena yang saya sering perhatikan: ramai orang Kristian tertarik dengan mukjizat atau hal pelik yang berlaku tetapi tidak menunjukkan minat yang sama kepada yang lebih penting seperti penyelamatan jiwa dan keagungan Yesus. Manusia mahu lihat mukjizat dan bukannya Tuhan yang melakukan mukjizat itu!
Kisah Ratu Sheba dan Yunus menarik dan memerlukan lebih banyak kajian serta pembacaan. Apakah anda ada lebih maklumat atau pengetahuan tentang dua peribadi ini? Boleh kongsikan?
Mana fokus anda hari ini?
Sering kali kesibukan menganggu fokus kita untuk memerhatikan perkara yang lebih penting dalam hidup kita. Banyak berkat yang tersedia kita abaikan. saya percaya fokus Tuhan terhadap kita tidak pernah berubah. Mungkin pemuda-pemudi di Shalom belum mahir dalam memilih fokus dalam hidup?...
ReplyDeleteKonklusi daripada kesemua buku yang terdapat dalam perjanjian lama dan perjanjian baru boleh saya katakan "KARYA KASIH KARUNIA TUHAN"...tanpa memikirkan perkara yang remeh...Tuhan memfokuskan perkerjaanNya dengan mengutamakan kasih dalam setiap penceritaan...Tuhan tidak pernah lalai dalam janjiNya...jadilah seperti Yesus
ReplyDelete