Tuesday, March 15, 2011

Mac 13 - Pelita Mata

Bacaan: Lukas 11:33-36

Bacaan hari ini saya sukar untuk fahami. Ayat pertama menerangkan pentingnya tidak menutup pelita yang terang dan ayat seterusnya berkata mata saya pelita terang dan akhirnya ada ajaran tentang tubuh yang terang. Apakah maksudnya semua ini? Saya tidak pasti. Bagaimana dengan anda yang lain dari Shalom - apabila anda membaca ayat-ayat ini apa yang anda fahami dan percaya Tuhan sedang katakan?
Semoga saya mempunyai 'mata yang baik' dan 'badan saya terang'. Imej yang dihasilkan oleh kata-kata ini indah. Saya yakin tidak ada yang mahu terang matanya hilang. Apakah ini bermaksud segala yang saya pandang/lihat dan benarkan masuk melalui tingkap mata saya akan menentukan terangnya hidup saya?
Saya mahu memiliki terang dan sentiasa terang bagi Tuhan. Mungkin jawapannya di mata saya.

2 comments:

  1. slmt pagi pastor..berdasarkan pengertian sy terhadap ayat ini,apabila kita mempunyai mata yang baik dan mata kita merupakan pelita yang terang.ini memberikan kita gambaran bahawa apabila kita sebagai manusia mempunyai mata yang sentiasa melakukan perkara yang baik,maka badan kita ataupun jasmani kita juga secara langsungnya akan menjadi tubuh yang terang yang boleh menjadi terang dan garam bagi dunia yang belum mengenal Tuhan.seperti dalam roma 12:2,Tuhan mahu supaya kita tampil berbeda daripada dunia ini.jadi disini saya dapati bahawa Tuhan mahu supaya kita sentiasa memelihara mata kita supaya menjadi mata yang terang yang seterusnya nanti boleh menjadikan jasmani kita terang.tq.ini cuma pandangan saya..semoga Tuhan memberkati.

    ReplyDelete
  2. Haleluya...segala sesuatu dalam anggota badan kita adalah didahulukan oleh mata..jika mata kita memandang segala yang berkenan di hadapan Tuhan..maka, baik jugalah hati kita dan anggota yang lain...sesuai juga dengan kehidupan kita di dalam Tuhan..mulakan dengan mendahulukan Tuhan..maka segala selepas itu akan menjadi berkat...Amen!

    ReplyDelete