Tuesday, March 15, 2011

Mac 14 - Bersih Di Dalam

Bacaan: Lukas 11:37-54

Ramai orang Kristian, seperti orang Farisi (suku kaum Israel yang kuat beragama), mempunyai imej luaran yang baik dan hebat. Mereka mentaati semua hukum-hukum dan syarat-syarat gereja serta undang-undang penjagaan tubuh. Fokus mereka ialah untuk  mentaati semua amalan yang boleh dilihat dengan mata kasar dan boleh dinilai oleh orang lain. Mereka setia dan fanatik mentaati apa yang boleh dilihat dan diukur supaya akan selalu nampak baik dan saleh.
Akan tetapi Yesus berkata LEBIH BAIK lagi kalau perhatian diberi kepada mentaati hukum-hukum Allah yang menuntut perubahan dan perbuatan dalaman yang hanya anda tahu dan boleh ukur/nilai. Sifat-sifat mulia, fikiran-fikiran yang benar serta motivasi hati yang suci - inilah yang lebih dipentingkan dan dituntut Tuhan.
Terlalu ramai orang boleh kelihatan melakukan baik tetapi yang TIDAK KELIHATAN ialah sikap mereka ketika melakukan amalan luaran itu, motivasi hati mereka dan fikiran-fikiran yang terlintas dalam minda mereka sebelum, ketika dan sesudah melakukan amalan agama luaran itu.
Janganlah kita jadi kubur yang cantik - di luar kelihatan indah, di dalam busuk dan jijik.

4 comments:

  1. apakah maksud sebenarnya "busuk didalam dan jijik didalam?"
    secara peribadi saya mengaku bahawa kadangkala fikiran-fikiran jahat dan kotor datang bermain dalam fikiran... contoh perasaan tidak senang dengan orang lain, ingin melakukan perkara yang bertentangan dengan alkitabiah macam mau kenakan orang, kadangkala iri hati (tetapi selalunya saya akan rasa tidak senang dan bersalah kerana fikiran ini).... adakah itu memberi maksud bahawa peribadi itu tidak bagus di dalam?... sebelum ini saya ada bertanya dengan pemimpin gereja mengenai perkara ini.. dan mereka berkata bahawa fikiran-fikiran ini akan menjadi dosa apabila di sertai dengan perbuatan... saya masih keliru dengan perkara ini.... GBU

    ReplyDelete
  2. Yang dimaksudkan ialah memiliki dan melayani sikap-sikap yang tidak diterima oleh Tuhan (kebencian, keserakahan, sombong dsb.nya). Jika fikiran dilayani dan ditokok tambahkan, surat Yudas berkata akhirnya ianya akan membuahkan perbuatan dosa. Jika kita berasa bersalah dengan apa yang difikirkan dan dialami secara emosi, besar kemungkinan Roh Kudus sedang bekerja, menggalakkan kita berhenti dan bertaubat.

    ReplyDelete
  3. oo..sekiranya mcam itu pabila kita terfikir tentang perkara itu dan kita disedarkan, bertobat terus mengambil langkah untuk menyerahkan kepada Tuhan... maka hal itu adalah perkara yg sewajarnya kita lakukan? apapun terima kasih..

    ReplyDelete
  4. Haleluya,..!
    Jijik dan Busuk dalam konteks artikel ini adalah segala perbuatan yang tak berkenan di hadapanNya...dan dalam definisi kristen iaitu: Keinginan Daging
    GALATIA5:19-21
    19-"Perbuatan daging telah nyata, yaitu: percabulan, kecemaran, hawa nafsu,
    20-penyembahan berhala, sihir, perseteruan, perselisihan, iri hati, amarah, kepentingan diri sendiri, percideraan, roh pemecah,
    21-kedengkian, kemabukan, pesta pora dan sebagainya. Terhadap semuanya itu kuperingatkan kamu—seperti yang telah kubuat dahulu—bahwa barangsiapa melakukan hal-hal yang demikian, ia tidak akan mendapat bagian dalam Kerajaan Allah.

    Sebagai anak Tuhan, janganlah kita menyimpan keinginan daging ini....

    ReplyDelete