Bacaan: Lukas 12:1-21
Saya suka betul renungan hari ini kerana ia mengingatkan saya tentang Wikileak - satu usaha oleh Julian Assange untuk memastikan tidak ada yang terselindung antara perhubungan semua kerajaan dan pemimpin dunia. Kepercayaannya adalah supaya semua dilakukan secara terbuka dan terdedah supaya tidak ada korupsi dan salah pakai kuasa mahupun tipu muslihat dalam urusan antara semua badan kerajaan.
Assange tidak perlu takut. Janji Tuhan satu hari nanti semua yang ditutup dan dirahsiakan akan didedahkan dan semua orang akan tahu.
Tetapi apakah gunanya maklumat ini kepada kita? Pertama, kita mesti berjaga-jaga dengan apa yang dirahsiakan kerana tidak ada yang boleh dirahsiakan selamanya. Kedua, kita harus memastikan hidup kita terbuka dan boleh diperiksa oleh sesiapa sahaja dan akhirnya kita harus bergembira kerana kebenaran sebenar akhirnya akan dinyatakan.
Ada simpan rahsia?
shalom..disini,saya ingin membuat satu pengakuan ringkas n mohon doa smua....trima ksh..TUHAN memberkati...pada 29 ogos 2010 satu hr istimewa buat sy,PERTAMA ianya adlh tarikh pbaptisan sy & kedua sy telah di doakan smua yg m'ikuti kem ksegaran pmimpin pmuda di padaun,bau.berkenaan dgn bcinta dgn org yg tdk seiman dgn kita(islam)..sy telah cuba utk memutuskan hbgn sy dgn dia sejak dari hari t'sbt namun smpai ke hari ini sy masih tdk mampu mlepaskan dia.sy tahu skiranya Pst.Lam tahu akan hal ini,pasti dia akn berasa kecewa dengan sy..kerna dia yg byk bkongsi dgn sy ttg hal ini..ya..sy bsyukur..berkat doa smua sy mampu mlupakan dia,malah sy mmg sangat2 berharap hbgn km smpai stakat ini sahaja.Kerna sy tahu ianya tidak harus di teruskan..Memang sy mengaku ada masanya sy akn mrindui dia..namun sy msh mampu melawannya...THANK GOD...sy telah cuba menjadi org lain di hadapan dia dengan harapan dia akan membenci saya dan melepaskan saya,tetapi tidak juga berjaya sampai ke hari ini...saya cuma berharap Tuhan mampu menolong sy mnyelesaikan perkara ini..mungkin faktor dia sudah tidak punya sapa n hidup keseorangan yg myebabkn dia btul2 mmerlukn sy..n tdk mahu melepaskn sy...sy pula jenis yg mudah simpati dan tidak smpai hati..ini juga mungkin faktor hbgn km ini msh tdk dpt di selesaikn..namun harapan sy,dia boleh melepaskan saya,kerna sy telah cuba bbrapa kali minta kata pts,ttp tidak bjaya smpai ke saat ini...sbnanya hal ini sgt mbebankn dr sy..sy hnya mampu bdoa dan bdoa spy Tuhan campur tgn dlm hal sy ini..saya juga berharap agar rakan2 jgn sesekali mencuba utk bcinta dgn org yg tdk seiman dgn kita...kalau belum jgn mulakan...
ReplyDeleteMemutuskan perhubungan bermaksud anda dengan sengaja menganggap dan melayan orang itu seolah telah mati dan tidak wujud lagi. Ini diisytiharkan kepada lelaki itu dan kemudian segala berkaitan lelaki itu dimusnahkan, semua tempat dia ada anda tidak lawat lagi dan semua perhubungan tidak dilayan dan dibuat lagi.Ini seperti mana-mana usaha bertaubatan lain (berhenti merokok dsbnya).
ReplyDeleteYang saya tertanya, apakah hanya ada kesedaran mental bahawa perhubungan ini dosa dan sedikit penyesalan tetapi sebenar belum mencapai pertaubatan yang penuh? Ingat pelajaran tentang pertaubatan sebelum dibaptis - pertaubatan merangkumi 3 elemen dan KESEMUA 3 elemen itu mesti ada sebelum pertaubatan lengkap. Ujilah diri . . .
Menarik frasa 'tidak mampu melepaskannya' dipakai. Mungkin ini benar - anda memerlukan lelaki ini kerana dia memenuhi keperluan tertentu dalam hidup anda atau kelemahan anda (perlu dikasihi, perlu memanjakan orang dsbnya) yang tidak dipenuhi atau diselesaikan dengan cara lain yang lebih selamat memestikan lelaki ini perlu dalam hidup anda. Orang yang minum mabuk kerana kerana susah hati tidak mampu berhenti sehingga masalah susah hatinya diselesaikan melalui cara lain. Apakah yang membuat anda tidak mampu? Bagaimanakah Yesus boleh menyelesaikan kelemahan ini?
Doa yang drastik ialah "Tuhan saya tidak boleh berhentikan perhubungan berdosa ini dan jika ianya berterusan saya akan mutad dan masuk neraka. Campurtangan sekarang Allah dan lakukan APA SAHAJA yang perlu untuk menyelamatkan saya dari lelaki Islam ini. Saya berikan Tuhan hak penuh untuk lakukan apa sahaja dalam hidup saya supaya saya selamat. Amin." Doa seperti ini telah menyelamatkan saya sebelum ini dan mungkin akan membantu anda. Sedia mendoakannya?
Satu lagi frasa menarik "dia memerlukan saya" - mengapa anda tertarik dengan orang yang memerlukan anda? Apakah mungkin kelemahan anda ialah 'perlu untuk diperlukan'- perlu penting dan istimewa dalam hidup orang lain - orang itu tidak dapat hidup tanpa anda? Ini satu kelemahan dan keperluan jiwa yang biasa tapi penawarnya ialah anda diperlukan dan penting kepada Yesus.
Maaf kalau terlalu direct tetapi keselamatan eternal diperkatakan di sini - no play play.
You can do it girl!
thank so much...i get it....GB..
ReplyDeleteHaleluya....tiada kata-kata yang mampu saya katakan...hanya menerusi ayat ini
ReplyDelete"Yeremia 16:17 Sebab Aku mengamat-amati segala tingkah langkah mereka; semuanya itu tidak tersembunyi dari pandangan-Ku, dan kesalahan merekapun tidak terlindung di depan mata-Ku"
dan
"Mazmur 69:5 (69-6) Ya Allah, Engkau mengetahui kebodohanku, kesalahan-kesalahanku tidak tersembunyi bagi-Mu"
semuanya jelas....