Tuesday, March 15, 2011

Mac 16 - Khuatir

Bacaan: Lukas 12:22-34


Satu malam saya tidak dapat tidur kerana memikirkan beberapa isu yang ditimbulkan tentang misi ke Indonesia dan keperluan kewangan yang mencabar. Saya yakin ramai dari anda juga mengalami masa-masa penuh kekhuatiran dan rasa cemas. Oleh itu bacaan hari ini saya anggap sangat sesuai untuk dijadikan pegangan dan pedoman apabila kekhuatiran melanda.
“Janganlah khuatir” ialah jawapan Tuhan setiap kali kita berasa khuatir tetapi sebabnya menarik – Yesus berkata apabila kita khuatir kita sedang menumpukan perhatian kepada hal yang kurang penting (Khuatir tentang makanan? Kata Yesus tubuh yang memerlukan makanan itu lebih penting, ayat 23). Kekhuatiran juga adalah satu petanda kita kurang percaya (ayat 28). Akhirnya Yesus memberi sebab terkuat mengapa anda dan saya tak perlu khuatir – Bapa tahu kita memerlukan ini dan itu (ayat 31) dan kerana Dia tahu, Dia akan membekalkannya. Sementara menunggu, kita diseru terus memberi perhatian kepada hal-hal Tuhan (ayat 31). 
Akhirnya, tentang keperluan kewangan, mungkin jawapan Tuhan ialah dalam ayat 33 – jual apa yang dimiliki untuk mendapatkan kewangan yang diperlukan (mana T-shirt saya itu yang boleh saya jual?).

4 comments:

  1. ya...kita seharusnya tidak berasa khuatir dan meragui Tuhan kita dalam apa pun....namun,kadang kala dan mungkin kerap kali juga sy sering berasa khuatir sedangkan saya tahu Tuhan itu maha berkuasa,saya berharap firman Tuhan ini akan terus menjadi pendorong kepada saya dalam menghadapi segala mslh...kerna TIADA YANG MUSTAHIL BAGI DIA..AMEN~

    ReplyDelete
  2. janganlah khuatir?....kdg2 susah sya mahu menghilangkan perasaan khuatir dalam diri sy... tapi disaat saya mempercayai Tuhan mampu menolong saya dalam hal ini..saya rasa tenang....Tuhan pasti menolong kita kalau kita mempercayai Tuhan...

    ReplyDelete
  3. sbgai mnsia kta kdg2 x dpt lari dr khuatir dgn sgla kprluan jasmani kta.ya..kdg kala sy jga sering risau dgn masalah yg ada d sekeliling sy sehinggakn kdg kala sy lupa bhwa Bapa sy yg d sorga adlh Allah yg kaya dan maha mengetahui sglanya.Ktka sy mnghdpi mslh, sy rujuk blk firman Allah dan amenkn firman trsbut+undng sukacita ntk trus hdir dlm dri sy.hasilny...wahh...sngguh hebat..wlu berat mcm mn pn mslh itu,damai sukacita mnyertai sy dan mujizat itu benar2 nyata.

    ReplyDelete
  4. jadilah seperti Raja Daud..

    "Mazmur 26:1 Dari Daud. Berilah keadilan kepadaku, ya TUHAN, sebab aku telah hidup dalam ketulusan; kepada TUHAN aku percaya dengan tidak ragu-ragu"

    yang tidak ragu-ragu akan Tuhan..siapa yang mapu melawanNya?..siapa yang mampu menandingiNya?....Dia MahaKaya dalam segala sumber!

    ReplyDelete