Wednesday, March 16, 2011

Mac 17 - Sedia Menyambut

Bacaan: Lukas 12:35-48

Saya hairan dengan tahap minat yang ditunjukkan oleh ramai orang kepada tanda-tanda kedatangan Yesus. Setiap kali ada malapetaka yang berlaku, kenyataan pertama yang dibuat ialah, “Inilah tandanya hari sudah mahu kiamat!” Tidak pernah saya dengar kenyataan berikut (yang saya percaya jauh lebih penting dan ditegaskan oleh bacaan hari ini): "Saya mesti berjaga-jaga dan bersiap untuk menerima Yesus kerana Dia sudah hamper datang!”
Bacaan hari ini menegaskan satu hal: kerana Yesus akan datang tetapi kita tidak tahu masanya, kita harus hidup bersedia supaya bila Dia datang, kita didapati sedia menyambut dan melayaniNya.
Janganlah terlalu minat dengan tanda-tanda akhir zaman tetapi lebih berminatlah menyediakan diri untuk akhir zaman dan kepulangan Tuhan kita.

4 comments:

  1. Amen!! sa juga hampir melihat ke arah itu... terima kasih untuk bacaan ini yang telah memberikan pandangan baru.. tumpuan yang sepatutnya... GBU

    ReplyDelete
  2. amen!!bacaan hari ini telah membuka pandangan baru bg sy secara peribadi.terima kasih Bapa! halleluya~~^^

    ReplyDelete
  3. Amen~marilah kita sama2 mempersiapkan diri kita utk kedatangan Tuhan kita...

    ReplyDelete
  4. janganlah takut akan segala bencana itu kerana itu semua sudah tertulis..fokus dengan pesan Tuhan Yesus kepada kita..
    MATIUS28:19-20"Karena itu pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus,dan ajarlah mereka melakukan segala sesuatu yang telah Kuperintahkan kepadamu. Dan ketahuilah, Aku menyertai kamu senantiasa sampai kepada akhir zaman."

    ReplyDelete