Friday, March 18, 2011

Mac 18 - Dipisahkan?

Bacaan: Lukas 12:49-59

Wah, susah betul mahu mentafsir ayat-ayat hari ini! Yang jelas, Yesus menyebabkan perpecahan dan perbalahan antara ahli-ahli keluarga - iaitu antara mereka yang ikut Yesus dan yang menentang Dia (ayat 51-52). Itu jelas dan memang terjadi.
Juga, panggilan untuk memerhatikan tanda-tanda disekeliling kita dan membuat rumusan dan ramalan dapat saya tangkap (ayat 54-57).
Yang lainnya itu - macam 'melemparkan api ke bumi' dan 'membayar hutangmu sampai lunas' - nampaknya perlu  buat kajian dan baca tafsiran orang lain.
Bagaimana dengan anda dari Shalom - apa yang difahami atau dipelajari dari bacaan hari ini?

5 comments:

  1. Yesus menyebabkan perpecahan dan perbalahan antara ahli-ahli keluarga????.....=/

    ReplyDelete
  2. Ya, bayangkan jika yang menjadi percaya itu dari keluarga yang kuat sembahyang dan menyembah tuhan atau allah yang lain - mereka akan marah dan menganggap orang Kristian itu telah durhaka atau sesat. Ini banyak berlaku dalam keluarga yang mempunyai pegangan agama bukan-Kristian yang kuat.

    ReplyDelete
  3. tunggu pastor sentuh bahagian ini dlm khotbah semalam...

    ReplyDelete
  4. Saya, Rizoh dan kawan2 lain pun tunggu pastor sentuh part ni semasa khotbah semalam.. :)

    ReplyDelete
  5. Yesus came to this world untuk menebus dosa kita. those who loves the world more than he loves Yesus is not fit for kerajaan Allah. The world disini termasuklah family, friends, harta, and even your own life also consider as the world. perkara ini lebih jelas dalam mathius 10:34-40.
    with the sophisticated technology nowadays, we can predict all sort of things. tsunami, gempa bumi and gunung berapi, kita akan berjaga-jaga because kita sudah tahu when it will happens. masalahnya we focus on the wrong thing. we sepatutnya focus kepada the Day that we all waited for because inilah zamannya. nilailah zaman ini. whats the different between you and your enemy if you only love your friends and your enemy also loves their friends? no different, thats why Yesus said, love your enemy. dalam zaman ini ramai lagi berada dalam penjara, macam2 jenis penjara whether it is penjara dosa or anything else, lunaskan hutangmu, bertaubatlah. langsaikan hutangmu dengan Yesus, Beritakanlah. kerana Engkau akan dipertanggungjawabkan atas dosa orang yang engkau kenal tapi engkau x beritakan Yesus kepadanya. correct me if i'm wrong.

    ReplyDelete