Friday, March 18, 2011

Mac 19 - Apabila Malapetaka Terjadi . . .

Bacaan Lukas 13: 1-9

Satu komen saya sering dengar dari mulut orang Kristian apabila berkomen mengenai satu malapetaka (khususnya buat masa ini - gempa bumi dan tsunami) ialah: "Tuhan sedang menghukum mereka kerana mereka jahat (menyembah berhala, bunuh orang Kristian dsbnya)." Tapi apakah komen itu benar dan wajar dibuat?
Apabila beberapa orang di Galilea dibunuh dan sebuah menara di Siloam jatuh lalu membunuh beberapa orang, komen yang sering didengar ialah mereka 'lebih jahat' maka malapetaka itu terkena mereka. tetapi kata Yesus - "Tidak, jangan fikir mereka lebih jahat. Sebaliknya jadikan peristiwa itu iktibar untuk kamu yang jahat supaya bertaubat!"
Nasihat dan amaran ini disusuli dengan perumpamaan yang bertujuan mendedahkan mesej berikut: malapetaka belum lagi menimpa anda kerana Allah sedang memberi masa untuk anda menghasilkan buah pertaubatan tetapi jika masa kasihan sudah tamat dan anda belum lagi bertaubat, perintah akan diberi "Tebanglah dia".
Sudah berbuah?

3 comments:

  1. ayat "adakah kamu sudah bersedia untuk mati?"....sampai sekarang saya selalu menyoal dri saya sendri...until this moment..

    ReplyDelete
  2. Wau, sugguh luar biasa kasih Tuhan terhadap kita. Kita semua tahu kedatangan Tuhan Yesus sudah diambang pintu, masalahnya adakah kita bersedia? Lihatlah betapa besar kasih Tuhan terhadap kita sehingga ia mahu memberi peluang kepada kita untuk kembali dan bertaubat kepadaNya. Lukas 13:8 Tuan, biarkanlah dia "Tumbuh" tahun ini lagi, aku akan mencangkul tanah sekelilingnya dan memberi pupuk kepadanya. ayat 9 Mungkin tahun depan ia "Berbuah" jika tidak "tebanglah dia" Lihatlah betapa Tuhan mengasihi kita, sehingga peluang telah diberi kepada kita dan Ia mahu kita bertumbuh di dalmNya.. Dan mahu kita berbuah didalmNya(menghasilkan perubahan didalam kehidupan yang menyelamatkan) dan jika Tuhan tidak dapati kita "bertumbuh dan berbuah" maka kita ibarat, pokok yang tidak baik dan seterusnya menghasilkan buah yang buruk.. Pokok(kita) ini akan ditebang kerana tiada gunanya memberi baja kepada pokok yang tidak bertumbuh dengan baik selepas beberapa tahun ditanam.. Puji Tuhan, mari kita sama2 ambil peluang yang Tuhan beri kepada kita.. :) Amen

    ReplyDelete