Sunday, March 20, 2011

Mac 20 - Membesar

Bacaan: Lukas 13:10-21

Saya suka ayat 21 kerana ayat ini dengan terang menjelaskan tahap-tahap pertumbuhan yang saya bayangkan dan harapkan, baik untuk Shalom mahupun untuk pelayanan dan perniagaan saya - bermula dengan kecil, bertumbuh, menjadi pokok dan akhirnya menjadi berkat kepada yang lain. Seperti ungkapan Inggeris yang berbunyi ' do not despise the day of small beginnings' dan saya mahu tambahkan kepada ungkapan itu 'but dream for greater endings'. Amin.

11 comments:

  1. pastor, kenapa perempuan itu telah dirasuk terlalu lama? adakah perempuan itu orang percaya kepada Yesus? Berdasarkan pemahaman saya, teks ini menggambarkan bahawa Tuhan sangat mengasihi kita. Walaupun perempuan itu tidak meminta untuk disembuhkan seperti cerita-cerita lain di dalam alkitab tetapi Yesus masih lagi ingin menyembuhkan dia. ini menunjukkan betapa besar kasih Tuhan terhadap kita semua walaupun kita hanya kecil sahaja di hadapan Tuhan.

    ReplyDelete
  2. sya agak tertarik dgn perumpamaan ttg kerajaan Allah (pemerintahan Allah)- biji sesawi (benih yg sgt kecil), menjadi pohon dan bercabang, kemudian ada burung bersarang pada cabang itu.

    tafsiran (arti)
    benih sesawi= ?
    menjadi pohon dan bercabang=?
    burung bersarang pada cabang=?

    2nd,
    ragi=?
    perempuan=?
    tepung menjadi kamir=?

    Rupanya, Yesus menujukan ungkapan ini kepada semua lawan-Nya dan org banyak (ayat 17)... menurut saya, fungsi/peranan ragi atau pun burung itu tidak baik...

    1) ragi membuat tepung itu tidak murni/asli.
    2) burung menguasai/mendiami cabang itu.

    sya melihat halangan-halangan yg terjadi terhadap perkabaran dan perkembangan kerajaan Allah... tunggu komen dari kawan2 lain dulu hehehe

    ReplyDelete
  3. Sya juga tertanya-tanya, apa perkaitan / perhubungan perumpaman kerajaan Allah yg Yesus ungkapkan itu dgn kisah penyembuhan perempuan sebelumnya... ni mcm seperti melihat kontek ungkapan/perumpamaan itu dgn mempertimbangkan ayat/kisah sebelum dan selepas ungkapan itu diucapkan.... any idea... uh!

    ReplyDelete
  4. Menyembuhkan orang sakit pada hari sabat, mengikut tafsiran saya, it means, kasih Yesus tidak mengira keadaan, kondisi @ tidak bersyarat. no good deed should be prohibited by human made rule. perumpamaan biji sesawi pula, adalah tentang kerajaan Allah. Every kingdom have its citizen, so, citizen dalam kerajaan Allah just like biji sesawi, grow from a seed to a big tree until at certain point it bless every creatures around them. its a process. same goes to ragi@yeast, yeast helps to make flour become kembang @khamis in order to make roti. its about proses perkembangan kerajaan Allah

    ReplyDelete
  5. mr h kowel; perempuan itu begitu lama dirasuk kerana tidak ada orang yang boleh membebaskannya; hanya apabila Kerajaan Tuhan dan Rajanya (Yesus) hadir maka ada kuasa yang lebih besar yang dapat mengatasi Kerajaan Iblis dan wanita itu bebas. Ya, Yesus amat mengasihi dan memerhatikan keadaan kita; tidak ada yang terlepas pandangannya dan sentuhan kuasanya sedia ada. Amin.

    ReplyDelete
  6. rizuan: mentafsir perumpamaan ada hukum-hukumnya. Satu daripadanya ialah setiap perumpamaan ada SATU mesej utama dan segala yang dinyatakan hanya boleh ditafsirkan sesuai dengan satu mesej itu. Ini bermaksud bertanya apa maksud ragi, burung, daun-daun di atas pokok sudah tersalah tanya dan tidak ada jawapan kerana itu bukan mesej perumpamaan ini. Mesejnya ialah bagaimana dengan permulaan yang kecil Kerajaan Allah merebak dan akhirnya mempengaruhi segala sesuatu (ragi) dan membawa faedah kepada semua (burung di pokok). Banyak ajaran pelik dan sesat terhasil dalam sejarah Kristian apabila pentafsir mula memberi maksud yang unik kepada setiap elemen dalam cerita-cerita Yesus.
    Penyembuhan wanita itu bertujuan untuk menunjukkan kuasa dan sampainya Kerajaan Allah (pemerintahan dan penampakkan kuasa Raja)di Israel. Di mana Kerajaan Allah berkuasa, Kerajaan Iblis berundur kalah.

    ReplyDelete
  7. joshua: ingat bahawa biji sesawi dan ragi dipakai dalam konteks Kerajaan Allah dan tidak merujuk kepada pengikut Kristian walaupun kita boleh menggunakannya sebagai ilustrasi untuk hal lain (perkembangan orang Kristian).

    ReplyDelete
  8. Akhirnya sy jmpa jgak jwpn yg sy cri2x...
    > persoalan yg dalam fikiran sy jugak sama merujuk kpd biji sawi dan juga ragi...

    ReplyDelete
  9. pastor, as in the 10 commandments we are commanded to observe the Sabbath day by keeping it holy. So dalam konteks kehidupan hari ini, apa yg saya faham tujuan commandment itu adalah supaya umat Kristian dapat datang ke gereja beribadah. Jadi ist wrong or sinful if we work after church?

    ReplyDelete
  10. wah, bgus ni... Sya tau da cara yg sya pakai xbetul. atat 17 tu yang membuat sya melihat dari sudut yg negatif. Rupanya sya byk deal dgn maksud lazim/hurufiah perkataan tu tanpa melihat konteks pengunaannya hehehe.

    Sebenarnya ringkasan pastor tu ada terlintas dalam fikiran sya ketika membaca, namun sya agak was-was bila mempertimbangkan sama ada perumpamaan itu saling menyokong atau sebagai perbandingan..., now i'm clear. amen, yeah... (hepi ni).

    ReplyDelete
  11. Pukan: setiap hukum Tuhan berdasarkan satu prinsip asas yang Tuhan mahu kita ketahui dan amalkan. Keperincian setiap perkataan dan usaha untuk memastikan setiap hukum dilakukan bukan niat Tuhan. Sebaliknya memahami dan memastikan prinsip hukum itu diamalkan yang penting. Prinsip Sabat ialah perlu ada hari kita berehat dari kerja - usaha berat untuk menyara hidup. Soalannya bukan ke gereja atau bekerja tetapi apakah saya dengan sengaja merehatkan diri dan menikmati hadirat Tuhan? Cara paling mudah ialah dengan berhenti kerja dan beribadah kepada Tuhan pada hari Ahad TETAPI ini bukanlah satu-satunya cara atau masa tetapi yang paling biasa/mudah.

    ReplyDelete