Bacaan: Lukas 13:22-35
Orang Yahudi yang mengikut Yesus ingin tahu apakah sedikit sahaja orang Israel yang akan selamat. Yesus menyeru supaya usaha yang sungguh-sungguh dibuat untuk memastikan seseorang itu selamat kerana akan sampai masa peluang keselamatan berhenti. Mengenal dan menyertai Yesus dalam perjalanannya ke Yerusalem tidak cukup; yang dituntut Yesus ialah pertaubatan. Ramalan Yesus ialah bahawa ramai yang bukan-Yahudi akan berjaya diselamatkan dan mereka yang terakhir mendengar Injil terlebih dahulu membuka hati dan menerima penyelamatan Allah.
Yesus menuju ke Yerusalem dengan sengaja dan mendedahkan bahawa Dia tahu dan bersedia untuk menerima apa yang menunggu Dia di sana - maut. Walaupun begitu Dia menyatakan kerinduan kasihNya terhadap Yerusalem dan betapa Dia ingin supaya Yerusalem menyambut kasihNya. Dia kemudian bernubuat tentang kemusnahan kota Yerusalem dan kedatanganNya buat kali kedua di kota yang sama.
selamat pagi..siapa yang diselamatkan? saya yakin kita semua yang telah menerima Yesus sesungguhnya akan diselamatkan apabila Yesus datang untuk kedua kalinya. jadi, kita sebagai orang kristian pada hari ini harus terus menerus mengkhabarkan injil kepada semua orang kerana tidak kira masa pun orang itu mendengar injil, janji mereka membuka hati dan menerima Yesus sesungguhnya, mereka juga akan diselamatkan. Yesus mengasihi kita semua, tetapi Yesus juga menetapkan tarikh tutup untuk peluang ini juga, peluang untuk tinggal bersama Dia. Yesus sesungguhnya ingin umat Yerusalem diselamatkan, dalam kata lain Yesus ingin kita semua yang telah awal mendengar Injil juga diselamatkan.
ReplyDeleteSaya ingin pastor jelaskan ayat ini, "There are the individuals who knock on heaven's door,who heard Jesus' teaching but never give their lives to HIM"(terdapat juga di line 18 in ODJ march 21). Apakah ayat ini dapat merujuk kepada orang kristian yang memang sudah sedia kala mengakui dan percaya Yesus itu ialah juruselamat dunia, mendengar dan membaca firman-NYA namun belum menyerahkan dirinya untuk dibaptiskan?????
ReplyDeletesya cuba baca berkali-kali ayat ini: kadang-kadang ada pengertian lain yang berbeza sya temukan.
ReplyDeletejadi sya hadkan skop kajian dengan menekankan penafsiran berdasarkan kontek 'kerajaan Allah', kerana bahagian ini juga masih bersangkutan dgn pengajaran Yesus ttg kerajaan Allah....
akhirnya, pengertian ini yang slalu timbul dalam setiap pertimbangan yang dibuat: perumpamaan ini mengenai respon org yahudi (umat pilihan Allah ~diundang~), dan orang bukan Yahudi (~dipanggil~) terhadap kerajaan Allah tersebut.
ini yang sya faham stakat ini, Penulis (lukas) seperti menyusun kronologi dari ~ bagaimana kerajaan Allah dinyatakan (oleh Yesus) ~apa yg terjadi bila kerajaan Allah itu bermula (Slepas misi Penebusan Oleh Yesus) ~ keadaan kerajaan Allah ~ respon mnusia mengenai kerajaan Allah ~
jadi, saya yakin bahagian ini dan bahagian renungan utk esok juga menyentuh mengenai perumpamaan respon manusia terhadap kerajaan Allah itu...
ini pengertian saya, harap ada yg bantu utk memperbetulkan. sya sedia belajar dari kawan2 lain...
"berkali-kali Aku rindu mengumpulkan anak-anaknya di bawah sayapnya, tetapi kamu tidak mau..."
ReplyDeletebetapa baiknya Engkau Tuhan... kerana kasihMu yang luar biasa, Engkau tidak pernah meninggalkan kami.. ajarlah kami untuk setia kepadaMu, lembutkanlah hati kami agar kami taat padaMu. Thank You Lord.. amen.
Bila sudah sampai masanya, Bapa yang maha kuasa akan menutup pintu rumahnya, Dia akan menebang pokok yang tidak berbuah. Warning is strong but a necessary one. Thank You Lord for the chance that You give to us, Let Your will be done on Earth as in Heaven. Amen.
ReplyDeleteverse 30 : "Indeed there are those who are last who will be first and first who will be last" apabila saya membaca petikan ini, saya pernah meneliti pengertian maksud ayat ini dalam satu kotbah beberapa Tahun yg lalu. ketika itu, saya merasa takut, and I cry "Lord I don want to be the last person".. tetapi melalui pembacaan semula pada hari ini, I felt the burden for my family and friends who turn away from God. Continue to pray for our family and friends, that they will go back to their first love, Jesus. Amen.
ReplyDeleteslmt pagi smua..kita sebagai umat yang percaya sudah pasti mempunyai keselamatan yang kekal dan pasti di dalam TUHAN.jadi kerjakanlah keselamatan dan pergunakanlah waktu yang ada ini untuk mendekatkan diri kepada TUHAN dan sudah tentu kita akan memiliki keselamatan kekal didalam Tuhan.may God bless us.
ReplyDeletesara: 'they' di sini merujuk kepada kumpulan orang Yahudi yang selalu menyertai Yesus dan mendengar ajaranNya tetapi mereka tidak pernah membuat komitmen untuk menerima Dia sebagai Mesias dan Tuhan mereka. Ramai orang di gereja hari ini pun macam tu - suka hadir, suka dengar dan menikmati apa yang disajikan tapi tidak mahu membuat komitmen kepada Yesus, menerima Dia sebagai Penyelamat dan Tuhan mereka.
ReplyDeleteLihatlah kepada "Pintu" itu. Ramai yang menuju kepada pintu yang sesak tersebut. Ini pesan Tuhan, "Berjuanglah untuk masuk melalui pintu yang sesak itu" Tidak dinafikan kita telah diberi jaln atau pintu untuk masuk ke kerajaan syurga melalui pintu yang telah disediakn iaitu melalui Tuhan Yesus. Lihat bahawa pintu tersebut sesak dengan orang2 yang cuba untuk masuk, tetapi adakh mereka berjaya masuk?? tetapi Tuhan berkata "Berjuang" untuk masuk ke pintu itu. Maksudnya untuk masuk ke kerajaan syurga bukan lah senang. Jgn pikir kita sebagai orang kristian pasti diselamtkan. Boleh dikatakan pintu yang sesak itu tadi dipenuhi dengan orang2 kristian yang cuba memasuki pintu tersebut, tetapi adakah mereka berjuang untuk keselamatan mereka sehingga mereka layak untuk masuk ke pintu itu? Adakah kita benar memberi komitmen didalm Tuhan dan segala hal? contohnya, si A percaya dengan Yesus dan selalu pergi ke gereja dan mendegar firman Tuhan, tetapi adakah si A bersungguh sungguh? dari segi kehidupan, bergaulan, dan pelbagai lagi..Tuhan mahu kita bersungguh dalm segala hal dalm kehidupan kita..Jgan hanya baik didalm atau luar, jadilah baik disetiap "sudut".. Ayat 26: Kami telah makan dan minum di "hadapanMu" dan engkau telah mengajar dijalan2 kota kami. Ayat ini amat bermakna bagi saya, ayat ini memberitahu kita telah mengenal Tuhan, tahu tentang firmanNya, tahu jaln kebenaran didalmNya dan pernah mendengar mengenai Tuhan Yesus.. Tetapi perhatikan ayat 27: Aku tidak tahu dari mana kamu datang, enyahlah dari hadapanKu! kamu sekalian yang melakukan kejahatan! Wah, saya mengenal engkau Tuhan Yesus, saya tahu jalan KeselamatanMu, saya ikut apa yang Engkau perintahkan, dan saya mengetok ngetok pintu, tapi Tuhan Yesus tak mahu buka pintu untuk saya, malah Tuhan Yesus beritau "Aku tidak tahu dari mana kamu datang" Ayat 27: enyahlah dari hadapanKu, kerana kamu "Melakukan Kejahatan" Kamu sebagai Kristian tapi melakukan kejahatan, kamu telah mengenal Yesus, tetapi melakukan kejahatan.. bagaimana??? saya tidak tahu jawanpannya tetapi Periksalah diri kita semua, adakah kita "berjuang" untuk keselamatan kita atau berjuang untuk masuk ke pintu yang sesak itu? Berjuanglah untuk menjadi kudus dalam segala hal.. adakah ada lagi kejahatan2 yang belum ditinggalkan dalm kehidupan kita? :) peace.. itu yang saya pelajari dan pahami.. tq Jesus
ReplyDelete