Orang Farisi tidak tahan melihat Yesus bercampur dengan orang berdosa. Saya dapati ‘penyakit’ ini juga kelihatan pada orang kuat beragama hari ini – mereka tidak tahan berada bersama orang berdosa dan mereka terkejut apabila mengetahui atau melihat seorang Kristian bergaul bebas dengan orang bukan Kristian. Sama seperti orang Farisi, reaksi biasa mereka ialah ‘bersungut-sungutlah’ (ayat 2).
Jawapan Yesus senang sahaja – orang berdosa ialah orang yang sesat, yang hilang. Mereka tidak sedar situasi mereka dan apabila sedar tidak berkeupayaan melakukan apa yang perlu supaya dijumpa dan dikembalikan ke tempat yang selamat. Oleh itu mereka perlu orang untuk mencari dan menyelamatkan mereka. Kata Yesus, itulah sebabnya Dia bersama orang berdosa – mencari siapa yang sedar mereka sesat, menyelamatkan mereka dan mengembalikan mereka kepada kawanan domba yang sudah selamat.
Motivasi Yesus? Sukacita yang dialami Allah, malaikat dan si dia yang diselamatkan.
Bagaimana dengan anda di Shalom? Sudah pergi cari domba yang sesat dan wang yang hilang? Mahu menghasilkan sukacita? Bantu teman-teman anda yang bukan-kristian mengenal dan mengalami penyelamatan tawaran Yesus. Sangat berbaloilah!
Pembacaan kali ini sekali lagi mengenai tujuan kedatangan Yesus, tetapi juga melibatkan kerajaan Allah itu.
ReplyDeleteAda 2 perumpamaan: Domba yang sesat & dirham yg hilang. Saya mendapati bahwa perumpamaan itu adalah respon Yesus kepada sungutan orang farisi dan ahli taurat. Heaven view vs. world view toward sinner. bagi kebanyakan org, org yg berbuat dosa/didapati berdosa adalah jijik, sampah dan bergaul dgn mereka adalah satu kehinaan. Tetapi bagi Yesus, orang yg berdosa/didapati berdosa ini masih berharga dimataNya. Belas kasihan Yesus ada pada mereka kerana mereka sebenarnya sesat (xsedar, xtau, hilang arah tujuan). Ini pertimbangan sya; Yesus mau menyatakan mengenai misinya datang ke bumi dan juga mau menunjukkan kerinduan/kasih Tuhan untuk menyelamatkan/memulihkan orang yang sesat & hilang.
Sya cuba imbas semula kehidupan saya dulu sebelum ‘bertemu’ dgn Tuhan. ~sya tidak akan kembali kepada kehidupan yg begitu lagi ~. Bayangkan apa yg sedang terjadi dlm hidup sya kalau sampai saati ini sya tidak pernah menemukan Dia. Ya, saya bersyukur kerana sudah menemui Tuhan, menikmati kasihNya dan mengalami kuasaNya. Tapi, adakah saya hanya ‘enjoy’ dgn kehidupan saat ini tanpa pernah memperdulikan keadaan hidup kawan-kawan saya?... (wah, mcm bunyi selfish jak tu)… em, rasanya ada. mgkn sya agak takut, segan atau tidak tau apa mau buat walau pun terlintas dalam fikiran utk mau bagitau… Eh, adakah pernah mencari inisiatif untuk bagitau?
Sya sudah tau apa yg akan terjadi dgn kehidupan mereka dan say juga tau kemana mereka akan ‘pergi’ nanti. Wah mereka tidak tahu itu, tidak sedar ttg tu…. Adui, mcm mana ni? Em, Sya fikir ini yang dapat sya lakukan untuk kawan-kawan saya buat masa ini: akan mengongsikan apa yang saya ada. Prinsip: we share what we have,… agar mereka merasakan ada ‘hidup’ bila saya ada bersama mereka. Apa tu ‘hidup’?... mungkn berupa dorongan, teguran yg membina… mungkin juga mkn n minuman yg bleh dikongsi bersama… (em, ini mcm merujuk kepada cara hidup sya ni)… Rasanya hal ini xsusah sangat, apa yang Yesus perbuat dalam hidup sya, itu juga yang saya akan cuba buat bagi mereka. Yeah!
ReplyDeleteEm, mcm agak pasif jak. Kalau yang mau share or cabar direct (menginjil la tu), sya hanya perlu alert dgn pimpinan Tuhan - siapa org yg Tuhan bawa kepada sya or kepada siapa Tuhan bawa saya- dan ambil inisiatif untuk katakan/lakukan sesuatu… apa mau cakap tu biar Tuhan la yang bg idea coz sya buat ni pun untuk kemuliaan Dia hehehe… jom mari mulakan bg yg belum, dan mari teruskan bg yang sudah… upahmu besar disorga.
peribadi Yesus dalam pergaulannya dengan org yg berdosa kali ini sangat indah.. kita patut lebih menjadi seperti Yesus..mencerminkan peribadi Yesus kepada smua di sekeliling kita. Yesus tidak menghadkan pergaulannya, jadi kita pun perlu juga sebegitu. apabila bergaul dengan golongan seperti ini, kadang2 kita diolokkan for being "too budak baik", tetapi so what lah kan? itu lahh yg kita mau mereka perasan dari kehidupan kita. actions do speak louder than words. so, in everything just be humble because you know, whatever you do is for God's glory. tetapi saya heranlah, dunia dah berubah, org yg buat salah jadi tak malu, org berbuat baik pula yang jadi malu?? hmmm
ReplyDelete