Sunday, March 27, 2011

Mac 27 - Orang Kaya, Orang Miskin

Bacaan: Lukas 16:19-31

Mati dan dibawa oleh malaikat ke pangkuan Abraham
Mati . . . menderita sengsara di alam maut
Melihat abraham dan lazarus
Sangat kesakitan dalam nyala api ini
Antara kami dan engkau terbentang jurang yang tak terseberangi
Ada pada mereka kesaksian Musa dan para nabi
Jika mereka tidak mendengarkan kesaksian Musa . . . mereka tidak juga akan mahu diyakinkan sekalipun oleh seorang yang bangkit dari antara orang mati

Ayat-ayat yang hebat dan menakutkan. Dari cerita seperti ini (ini cerita umpama atau kisah benar?) maka terbentuklah ajaran dan ilustrasi untuk neraka serta ajaran-ajaran tentang keadaan manusia sesudah mati - yang benar diambil malaikat ke syurga dan yang tidak benar di alam penderitaan; walaupun boleh saling melihat tetapi tidak boleh melepasi jurang yang memisahkan mereka berdua; kesakitan yang amat sangat bagi mereka di alam maut. Masalah paling besar di sini ialah isu ini: apakah ini cerita yang dibuat Yesus untuk mengajar satu hal penting (ketidakpercayaan, penginjilan, syurga dan neraka?) atau ini kenyataan benar di mana Yesus membongkar keadaan manusia sesudah mati dan alam maut? Apakah pendapat anda?

Saya juga tertarik dengan idea manusia sudah ada cukup kesaksian - Alkitab (Musa dan para nabi) - dan jika mereka beri perhatian kepada Alkitab nescaya mereka akan selamat. Ini saya yakin dipercayai oleh ramai orang Islam di Malaysia dan kerana itu mereka berusaha menyekat Alkitab (yang dalam bahasa mereka dan boleh difahami kaum mereka) daripada diedarkan atau terjatuh ke atas riba orang Melayu Islam; mana tahu melalui kesaksian Musa dan para nabi mereka menjadi percaya. Harapan saya orang Kristian mempunyai keyakinan yang macam itu juga dan tidak malu menyebarkan dan mengedarkan Firman Tuhan kepada semua manusia.

Akhir kata, ada orang tak akan percaya walaupun Yesus yang bangkit berdiri di depan mereka . . . inilah hakikatnya keadaan manusia.

5 comments:

  1. Apa yg sy pelajari dr pljran ini,iman kta sbgai org yg prcya adalah prcya kpda sstu yg x klhtan(prcya kpd sstu yg x dpt d bktikan scra scientific) iaitu prcya adany Tuhan dan dunia roh(sorga dan neraka)ssudah kta mati.Sy ykin bhwa kenyataan yg d gmbrkn oleh Yesus adlh bnar krn Dia adlh Allah itu sndri.

    ReplyDelete
  2. Pastor, kita selalu mendengar dan mengalami repentance, misalnya saya merokok, sya ingin berhenti merokok, dan hari ini saya berjaya berhenti.. tetapi esok dan hari2 yang akan datang sangat sukar untuk terus berhenti terutama apabila kwan2 mengoffer rokok kpd sy. apakah repentance sbnarnya?

    ReplyDelete
  3. Shalom, kali ini saya mulai kajian watak untuk bahagian pembacaan kali ini. Tertarik dgn nama lazarus ini. Sebab ini, petikan tersebut tidak menyatakan nama orang kaya itu, nama lazarus dikaitkan dgn kehidupan orang misikin. Menurut pengetahuan saya, setiap nama yg diberikan kepada seseorang itu membawa makna tertentu. Walau bagaimana pun, tidak banyak yg diberitahukan mengenai kehidupan lazarus, selain keadaannya, dan hal yg terjadi kepadanya dalam perumpamaan tersebut.
    Ini yg saya temukan melalui carian internet, Wikipedia. Nama Lazarus dari bahasa Ibrani: אלעזר, El’āzār, Eleazar, El-merujuk kepada Allah, eazar-pertolongan. Maka, maksudnya lazarus adalah "Allah pertolonganku". Permulaannya saya agak merasa janggal apabila mendapati bahwa Lazarus, ‘Allah pertolonganku’, melalui kehidupan (didunia) yg demikian menyedihkan (dlm perumpamaan itu). tetapi, sya lihat bahwa sekali pun Lazarus hidup dalam kemiskinan sepanjang hidupnya di dunia, namun hatinya benar di hadapan Allah dan dia tidak pernah melepaskan imannya kepada Allah (ayat 22). Akhirnya dia menerima penghiburan sesudah itu... tp ini hnya sebahagian dari yg sya temukan... sya mau lg share pengertian sya keseluruhan prikop ini.. bersambung...

    ReplyDelete
  4. joshua: dapatkan dvd saya dari stapa yang menyentuh tentang pertaubatan dan lain kali ada kelas baptisan, tumpang hadir kerana di sana ajaran mengenai pertaubatan sebenar diajar dengan lengkap.

    ReplyDelete
  5. Sambungan: Saya yakin bahagian ini juga menyatakan secara tidak langsung mengenai status ‘TUAN dan HAMBA’ seperti teks sebelumnya (pasal 16), yang juga menjadi skop penafsiran. Bagi saya, ia mengetengahkan respon org (kedua golongan tersebut) terhadap Kehidupan yang dipercayakan kepadanya. Respon mereka terhadap kehidupan di dunia fana menentukan tempat/kedudukan mereka dalam dunia kekekalan. Dan perumpamaan ini juga menekankan bahwa keadaan kehidupan kedua-dua org tersebut tidak lagi dapat diubah selepas meninggal. Walau pun tidak dinyatakan secara langsung bahwa lazarus (org miskin itu) hidup takut akan Allah, tetapi yang pasti adalah dia mendapat perhatian dan belas kasihan Tuhan. Sebahagian besar perumpamaan ini menceritakan keadaan selepas mati. Ia menyentuh mengenai 2 keadaan yang menantikan kita berdasarkan respon kita kepada kehidupan semasa di dunia ~penghiburan atau penderitaan~ (ayat 23-25), ruang pertobatan/penyelamatan yg tidak ada lagi selepas mati (ayat 26-28).

    ReplyDelete