Bacaan: Lukas 17:1-10
Saya tersenyum apabila membaca ayat 1 hari ini kerana selama beberapa hari yang lepas saya telah diganggu oleh seorang yang menghantar sms-sms kepada saya setiap malam, mula-mula dengan niat bertanya tetapi kemudian jelaslah dia seorang pengikut agama sesat Saksi Yehuwa dan dia cuba menyesatkan saya. Bagi dia dan semua penyesat lain, kenyataan Yesus jelas: celakalah orang yang mengadakannya (penyesatan).Lebih baik batu diikat pada lehernya dan dia dicampakkan ke dalam laut!
Ajaran kedua sangat praktikal. Walaupun kita disuruh jangan jaga tepi kain orang, ajaran ini tidak pakai jika pengguna kain itu saudara seiman. Kita disuruh menegur saudara yang berdosa dengan tujuan menggalakkan dia menyesal (bertaubat adalah terjemahan yang lebih tepat) dan jika ada pertaubatan maka kita mesti mengampuni. Ini juga membina scenario di mana dosa itu adalah terhadap kita dan saudara yang berdosa itu tidak sedar dia telah berlaku salah. Amalan yang baik untuk menghasilkan perhubungan yang sihat dan terbuka.
Permintaan murid Yesus untuk dibesarkan iman ditempis dengan pendedahan ini: bukannya besar iman yang dimiliki tetapi penggunaan iman yang sudah ada, tidak kira saiznya.
Akhirnya, walaupun kita diberi hak menjadi anak-anak Allah, kita juga adalah hambanya (yang diberi hak sebagai anak). Janganlah hakikat ini dilupai: sebagai hamba Tuhan kita melayani Allah, melakukan tugas yang telah diberi dan menganggap usaha kita itu hanya melakukan apa yang mesti dan patut. Tidak perlu ada pujian dan ucapan syukur dari Tuan dan tidak ada tempat untuk bersungut atau malas...
Saya agak keliru dalam pembacaan pertama saya untuk bahagian ini. Dalam 10 terdapat 4 hal yang Yesus sentuh, dan kelihatannya tidak bersangkutan antara satu sama lain. Penyesatan, pengampunan, iman dan Hamba. Apa perkaitan empat hal tersebut, yang disusun dalam satu prikop… so, saya baca berkali-kali, membaca beberapa alkitab versi yg lain (bahasa,indon, english -(NIV, KJV & NLT) dan kemudian mulai renungkan ayat demi ayat. Ini yang saya temukan; Oleh kerana bahagian ini merupakan pengajaran/ucapan Yesus kepada murid-muridNya (ayat 1a) besar kemungkinan Yesus sedang memperingatkan mereka mengenai TANGGUNGJAWAB yang mereka pikul/terima dan respon mereka kepada tanggungjawab itu.
ReplyDeleteYesus menegaskan dengan keras akan adanya penyesatan. Justeru, Dia memperingatkan supaya mereka Jangan sampai menyesatkan orang lain (yang lemah), dan jangan sampai ada orang yang kerana pengajarannya menyebabkan orang lain jatuh ke dalam dosa atau kehilangan iman. Bagi saya, Tanggungjawab disini merujuk kepada hal menjaga diri (memerhatikan cara hidup kita) agar tidak membuat orang lain berdosa dan berhati-hati dengan pengajaran kita supaya ianya tidak membawa orang lain ke dalam kesesatan.
Pada masa yang sama, Yesus mengajarkan pula mengenai tanggungjawab untuk saling menegur (membangun) dan mengampuni. Oleh kerana penyataan ini diucapkan selepas hal penyesatan itu, saya merasakan bahwa ia merujuk kepada peranan sesama anggota dalam tubuh kristus untuk saling memerhatikan antara satu dengan lain agar unsur penyesatan itu tidak berkembang dalam kalangan orang percaya (melalui tindakan menegur dan mengampuni supaya penyesatan tidak dibiarkan terjadi atau mereka tidak turut serta dalam penyesatan itu. Menurut saya, Yesus menekankan komitmen bersama untuk mengejar kebenaran dengan saling membangun dan saling mengampuni sebagai satu komuniti dalam keluarga Allah.
ReplyDeleteWalau bagaimana pun, hal tersebut bukan mudah seperti yang dipertimbangkan oleh murid-murid Yesus sehingga meminta Yesus menguatkan iman mereka. Kepekaan terhadap dosa (penyesatan atau disesatkan) dan kesediaan untuk menegur serta mengampuni menuntut iman dari kita. Dalam hal murid-murid Yesus, mereka melihat mengenai saiz iman untuk memampukan mereka memikul tanggungjawab itu. Tetapi, Yesus memberi respon yang berbeza. Yesus mengajar bukan mengenai besar-kecil iman itu, tetapi mengenai hal memiliki iman.
Pelajaran seterusnya yang saya temukan dari ucapan Yesus adalah mengenai memikul atau menerima tanggungjawab tersebut seperti seorang hamba. Perintah Yesus kepada murid-muridNya, iaitu menegur dan mengampuni mereka yang mengakui dosanya, harus dilihat sebagai perintah dari Tuan kepada hambanya. Maka peringatan Yesus adalah supaya kita melihat tanggungjawab yang diberikan sebagai satu kewajiban bagi kita, hamba-Nya. Saya melihat bahwa tanggungjawab tersebut (waspada & saling memperhatikan) merupakan salah satu bentuk pelayanan yang kita wajib lakukan dengan kerendahan hati (seperti seorang hamba).
ReplyDeletePenerapan:
setiap orang percaya bertanggungjawab terhadap cara hidup dan pengajarannya supaya tidak menyebabkan orang lain sesat atau berbuat dosa, dan juga diperingatkan untuk saling memperhatikan satu sama lain. Tanggungjawab ini harus dilakukan dengan kerendahan hati.
I was wondering, why the apostles said to the Lord, "increase our faith!"
ReplyDeletethanks bro rizuan, "Kepekaan terhadap dosa (penyesatan atau disesatkan) dan kesediaan untuk menegur serta mengampuni menuntut iman dari kita"..
kadang2 sblm menegur, kita dahh sedia berderet2 the negative side of it compared to the positive outcome.. Lord, "increase our faith!"