Monday, March 7, 2011

Mac 7 - Terlalu Pandai?

Bacaan: Lukas 10:1-24

"Saya sudah tahu." "Saya lebih pandai." "Tak perlu belajar itu - tak penting." Pernahkah anda dengar orang mengatakan ini kepada anda?
Kata Yesus banyak perkara yang hebat dan penting dari Allah 'disembunyikan' oleh Allah dari mereka yang pandai dan yakin segala yang perlu diketahui sudah mereka tahu. Sebaliknya Allah berjanji mendedahkan rahsia-rahsia syurga kepada mereka yang 'seperti anak' (ayat 21).
Bagaimana dengan anda - apakah anda rasa anda sudah faham atau tahu segalanya yang perlu diketahui? Apakah anda ada 'sifat anak' - ingin tahu dan sedar banyak belum diketahui - dan oleh itu setiap hari anda mendapat sesuatu yang baru dari Allah?
Marilah kita merendahkan diri, akur bahawa banyak perlu diketahui (dipelajari) dan nantikan pendedahan dari Allah. Banyak yang Allah mahu nyatakan . . .

3 comments:

  1. Merendahkan diri adalah antara perkara yang sukar dicapai dengan kekuatan manusia. Apatah lagi dalam penyembahan mereka, pemberian mereka....terlalu besar keinginan daging yang tertampil di fikiran mereka. Allah mengajar kita untuk merendahkan diri dalam bertumbuh sebagai seorang Kristen yang sungguh berkenan di hadapan Nya.

    Efesus 5:21 dan rendahkanlah dirimu seorang kepada yang lain di dalam takut akan Kristus.
    Yakobus 4:10 Rendahkanlah dirimu di hadapan Tuhan, dan Ia akan meninggikan kamu.

    1 Petrus 5:5 Demikian jugalah kamu, hai orang-orang muda, tunduklah kepada orang-orang yang tua. Dan kamu semua, rendahkanlah dirimu seorang terhadap yang lain, sebab: "Allah menentang orang yang congkak, tetapi mengasihani orang yang rendah hati."

    1 Petrus 5:6 Karena itu rendahkanlah dirimu di bawah tangan Tuhan yang kuat, supaya kamu ditinggikan-Nya pada waktunya.

    ReplyDelete
  2. kerendahan diri memberikan kesedaran bahawa betapa penting dan indahnya hidup bergantung padaNya ... Love Jesus..

    ReplyDelete
  3. Shallom....ok,mlalui ODJ 7 MARCH,apa yg ingin sy kongsikn bdsrkn kfahamn sy adlh sbg ANAK TUHAN,kita hrs tahu tanggungjawab kita dgn mkhabarkan bhw krjn Allah sdh dekat dan mbritakan injil-Nya..dan sbg ganjarannya spt yg Tuhan janjikan,p'ikut-Nya akn beroleh khdpn yg kekal n ringan tanggungan,dan sebaliknya pula berlaku kpd p'ikut Iblis.Amen~<3

    ReplyDelete