Bacaan: Lukas 10:38-42
Kita terlalu sibuk. Saya terlalu sibuk. Ungkapan biasa generasi ini ialah "Saya tidak ada cukup masa, banyak sangat untuk dibuat!"
Yesus berkata: Berhenti sejenak. Ada SATU hal yang penting. Dengar suara saya.
Ada banyak perkara yang baik yang perlu (ada kalanya mesti) dilakukan setiap hari - dari membayar yuran ke menghabis dan menghantar 'assignment' tepat pada waktunya. Tetapi dalam kesibukan melakukan banyak yang baik, kita mungkin (sering?) terlupa melakukan yang TERBAIK - mendiam diri dan mendengar suara Tuhan kita.
Jika anda berjaya berhenti sejenak, membaca Alkitab dengan panduan ODJ Special Edition ini serta merenungkan mesejnya, tahniah, kerana anda baru sahaja telah berhenti sejenak untuk mendengar Allah berkata kepada anda.
Mari berusaha menjadi seperti Maria (ayat 39).
AMEN!!!! memang benar... apabila kesibukan menjadi tumpuan, stress sangat di rasai... seolah-olah tidak masa untuk yang lain kerana "kesibukan" ini. Pelbagai alasan di berikan saat Roh Kudus menuntut untuk bertenang dan bersekutu denganNya. secara peribadi apabila sa membiarkan "kesibukan" menjadi tumpuan utama, perasaan tidak senang slalu menguasai, kadang kala tidak pergi ke gereja kerana alasan byk assigment.. namun tekanan itu berterusan sehingga tidak dapat meneruskan lagi untuk membuat kerja itu dan selalu tertundah... tetapi saya sangat bersyukur kerana Tuhan selalu peringatkan bahawa ada perkara yang lebih PENTING daripada semua itu adalah persekutuan denganNYA.. percayalah bahawa saat kita berhenti dan bersekutu denganNya.. setiap benda yg kita harus selesaikan itu, lebih baik hasilnya daripada sebelumnya.. kenapa? kerana hal ini juga berlaku dengan saya secara peribadi.. mintalah bantuan dari Tuhan... coz GOD IS GOOD... ^_^ GBU
ReplyDeleteAmen..secara peribadinya..kita mungkin mengatakan kita sibuk..tetapi Tuhan hanya memerlukan sedikit masa senyap untuk bersamaNya...berbual denganNya seperti anak dan Bapa...oleh itu..janganlah kita lupa akan tugas kita untuk memiliki komunikasi yang intim bersama Bapa....
ReplyDelete