Bacaan: Lukas 22: 1-38
Imam dan ahli Taurat mahu membunuh Yesus. Tawaran Yudas untuk mengkhianati Yesus ibaratkan bulan jatuh atas riba. Walaupun begitu, saya tertanya mengapa Lukas menulis frasa ini ketika menerangkan perubahan dalam Yudas – “maka masuklah Iblis ke dalam Yudas” Implikasi pemahaman ini serta tafsiran yang betul (saya pasti) akan menjawab banyak soalan tentang pengkhianatan yang dilakukan Yesus tetapi pada saat penulisan blog ini saya belum menemukan penjelasan yang memuaskan hati saya . . .
Sampai masanya domba Paskah disembelih – tanpa disedari ramai Yesus (Domba Allah) juga tidak lama lagi akan ‘disembelih’ dan akhirnya apa yang digambarkan oleh domba Paskah menjadi realiti dalam kehidupan Yesus.
Sekali lagi Yesus memberi arahan, mirip nubuatan, dan ada (sekali lagi) orang yang mahu mematuhi dan mengiakan permintaan Yesus.
Perayaan Paskah malam itu diberi pengertian baru oleh Yesus – roti dan anggur sekarang menjadi lambang badanNya yang dimusnahkan dan darahNya yang dicurahkan untuk memeterai Perjanjian Baru antara Tuhan dan manusia.
Malam itu Yesus mengajar – dikatakan apa yang diajar oleh seseorang sebelum dia meninggal dunia adalah yang paling penting bagi orang itu – beberapa syarat penting untuk setiap orang Kristian:
- Bertindak macam orang baru mula dan sebagai pelayan (ayat 26)
- Bila jatuh dan kemudiannya insaf, kuatkan saudara lain (ayat 32)
- Ada masa wang diperlukan ketika melayani Tuhan, ada masa hanya beriman (ayat 35-36)
Satu lagi soalan susah – apa tafsiran dan pengertian betul tentang perlunya membeli pedang dan mengapa Yesus berkata dua pedang cukup?
No comments:
Post a Comment