Bacaan: Lukas 19:1-10
Siapa tidak tahu kisah Zakheus? Dan siapa tak pernah mendengar atau menyanyikan lahu tentang Zakheus yang pendek itu? Walaupun begitu saya tertanya-tanya: Siapa tahu mengapa kisah ini sangat penting?
Zakheus berusaha mengatasi kelemahannya supaya dia boleh mengenal Yesus. Walaupun dia orang berdosa yang jahat, keinginannya untuk mengenal Yesus dan usahanya mengatasi segala halangan memang patut dipuji kerana ianya mendedahkan sesuatu yang indah - ada orang jahat yang sanggup buat apa sahaja untuk jumpa Yesus. Orang seperti ini pasti mendapat perhatian Yesus!
Zakheus yang jahat dipakai oleh Yesus sebagai ilustrasi misi hidupnya - mencari dan menyelamatkan mereka yang jahat (berdosa). Ramai orang tidak senang ini. Mereka lebih senang menyingkirkan atau memusnahkan manusia yang jahat (lihat sahaja betapa penuhnya penjara-penjara kita). Yesus pula mahu mencari dan menyelamatkan ciptaanNya (manusia) yang rosak. Apakah kita juga mempunyai keinginan yang sama?
Lain kali bila lagu tentang Zakheus dinyanyikan ingat bahawa orang jahat yang mencari Tuhan akan diselamatkan oleh Yesus!
Wah, pembacaan kali ini mengingatkan saya semasa sekolah minggu dahulu tentang kisah orang pendek yang memanjat pohon hanya untuk mau melihat Yesus …. Itu cerita masa sekolah minggu.
ReplyDeleteTapi kali ini, saya tertanya-tanya pula kenapa Zakheus (pemungut cukai) mendapat perhatian Yesus? Dan hal ini pula terjadi di kota Yerikho.
Kalau tak silap saya, Yesus pernah beberapa kali melalui/singgah kota Yerikho sebelum ini. Dan kali ini adalah terjalan terakhir Yesus melalui Yerikho sebelum disalibkan.
Saya sentuh dulu mengenai kota ini, sebab kota ini agak significant. Yerikho adalah kota yang terakhir Yesus singgah sebelum ke yerusalem. Bagi saya, ianya bukan kebetulan Yesus lalu dan singgah di kota itu. Yesus mcm pernah merujuk Yerikho dalam perumpamaan ‘good Samaritan’ (dlm Lukas 10 kalau tak silap la). Saya rasa masih ada jalan ke Yerusalem dari Galiea selain melalui kota Yerikho. Saya membuat kesimpulan (andaian) bahwa ramai org (mgkn bangsa Yahudi) memilih untuk melalui kota Yerikho ke Yerusalem dari Galilea supaya tidak dirompak oleh orang~bandingan kisah Lukas 10~ (mgkn org Samaria), dan akan ada ramai org di kota Yerikho kerana perdagangan terjadi di sana ~kewujudan pemungut cukai~. Oleh itu, Yesus memilih laluan yang tepat ke Yerusalem untuk menunjukkan sesuatu pelajaran lain untuk pengikut dan murid-muridNya.
Mengenai Zakheus , dia adalah salah satu pemungut cukai di kota Yerikho. Walau pun Zakheus tidak dunyatakan menipu, memeras atau tidak berlaku adil, pekerjaan sebagai pemungut cukai sudah dipandang buruk oleh masyarakat Yahudi di sekitar mereka, bahkan cenderung dibenci oleh masyarakat. Malah status kekayaan yang dimilikinya itu boleh di pertimbangkan sebagai hasil dari pemuungutan cukai yang tidak adil. Yang pasti adalah respon Zakheus kepada Yesus menunjukkan dia tahu yang dia melakukan dosa dan dia berdosa.
... bersambung lagi (untuk kesimpulan dan penerapan)