Bacaan: Luka 22:39-46
Tidak ramai sedar bahawa berdoa adalah satu cara yang berkesan untuk mengatasi godaan - seruan dari luar atau dalam seseorang untuk tidak mengikut kehendak Tuhan. Setelah memberi nasihat/amaran ini, Yesus sendiri mengilustrasi kenyataanNya apabila Dia sendiri mengatasi godaan untuk tidak ke salib dengan berdoa dengan sungguh-sungguh. Hasil doaNya, Dia bukan hanya menyerah kepada kehendak Tuhan tetapi menerima bantuan luarbiasa dari syurga. Ini juga harus menjadi inspirasi kita - lebih kuat godaan, lebih kuat doa yang harus kita panjatkan (dengan sungguh-sungguh). Insyallah, bantuan luarbiasa dari Tuhan akan kita terima juga. mari berdoa . . .
shalom semua,ya mmg betul,kadang2 kita mmg akan trasa d0a kita x memberi apa2 kesan kepada kita tetapi tanpa kita sedari kuasa d0a itu nyata dalam kehidupan kita,prayer is p0wer,sbb d0a dpt mengatasi sglanya,mengatasi kekhuatiran,ketakutan,kelemahan,ketidakadilan n byk lg....syukurlah n puji Tuhan kerana kita punya cara n jalan untuk sgla persoaln kita iaitu melalui DOA kita kepada TUHAN....BE blessed...
ReplyDeleteSOri coz lama suda tidak post kat blog ni...
ReplyDeleteMelalui pembacaan kali ini, saya menemukan bahawa kehidupan doa Yesus terbina dari keintiman dgn Bapa di sorga. Sejak siri pelayanan Yesus di bumi, Dia selalu berdoa, termasuklah sebelum memilih beberapa murid-muridNya untuk diangkat menjadi Rasul. Kekadang saya juga terfikir, dalam status Yesus sebagai manusia-Tuhan, Dia boleh sahaja melakukan sesuatu menurut kehendak diriNya kerana Dia adalah Firman Allah itu sendiri…, namun, bahagian ini memberikan saya pengertian baru bahawa Yesus datang ke bumi untuk melakukan kehendak BapaNya.
Yesus memilih untuk menerima misi penyelamatan ini …. Menurut saya, dalam 3 oknum (peribadi) Allah itu seperti ada perbincangan bagi peranan masing2 dalam siri penyelamatan tersebut (lihat sahaja kewujudan peribadi Allah dalam penciptaan, khususnya mengenai hal penciptaan manusia). Pilihan ini memerlukan Yesus meninggalkan takhtaNya di sorga, menghadkan dirinya (yang penuh berkuasa ~dia adalah Firman Allah) dalam bentuk manusia, malah memilih untuk menerima cawan murka tersebut (mengalami penderitaan~diseksa~) dan akhirnya harus mati di kayu salib!
Keputusan/ pilihan Yesus untuk melakukan kehendak Bapa di sorga memeringatkan saya mengenai hal kerendahan hati dan hal tidak mementingkan diri sendiri! Dan kemampuan untuk membuat pilihan yang tepat seperti Yesus (melalui doa) ini nampaknya hadir melalui suatu perhubungan yang sangat intim dengan Bapa!