Bacaan 18: 35-43
Terlebih dulu maaf kepada mereka yang menunggu saya memuatnaik komen untuk hari ini kerana lambat - terlalu sibuk hingga tak ada peluang nak duduk depan komputer!
Bacaan hari ini best kerana ajarannya - mereka yang bersungguh mencari Yesus dan memohon bantuan dengan penuh keyakinan akan mendapat perhatian Yesus. Bukan itu sahaja, Yesus mahu supaya kita jelas apa yang kita mahu Dia lakukan.
Jadi, tahukah anda apa yang anda mahu dari Yesus? Secara spesifik? Sudahkah anda semakin keras berseru memohon bantuan sejak hari pertama seruan itu dibuat? Akhirnya, jangan lupa: iman sentiasa diperluan dalam mana-mana permohonan yang ditujukan kepada Allah.
Em, Saya memang tertunggu-tunggu slot seterusnya ini…
ReplyDeletebagi saya, bahagian ini tidak berhubungan dgn kisah (ayat) sebelumnya kerana bahagian ini merupakan suatu bentuk penceritaan mengenai peristiwa yang terjadi ketika dalam perjalanan ke Yerusalem, dan tidak lagi menekankan perumpamaan (tidak seperti ayat-ayat sebelumnya). Ayat 35 memberi gambaran bahwa ada satu ‘gap’ dengan ayat 34. Saya yakin ada byk lg yang Yesus katakan kepada murid-muridNya sepanjang perjalanan sehingga tiba di Yeriko, tetapi Penulis (Lukas) tidak memuatkannya dalam penulisannya.
Kembali kepada pembacaan teks: sekali lagi teks mengenai praktikal iman… memandangkan ianya ditulis dalam bentuk penceritaan, saya mulai fokus kepada prinsip yang ‘dinyatakan’ melalui respon org buta tersebut dan melihat penyataan Yesus sebagai kesimpulan.
Ini yang saya temukan: Iman org buta tersebut timbul ketika mendengarkan tentang Yesus. Menurut saya, Kabar tentang mukjizat Yesus dari tempat (kota-kota lain) sudah pun tersebar sampai ke Yerusalem termasuk Yerikho berdasarkan respon org buta itu. Ini adalah kerana org buta tersebut seperti kenal benar dan tahu siapa Yesus (ayat 38)… hanya dia belum mengalami kekuasaan (penyembuhan). Dengan pengenalan yang dalam tentang Yesus mendorong dia untuk terus memohon dan berusaha untuk lebih dekat dgn Yesus, tanpa memperdulikan teguran org lain…. Sehingga tindakan org buta itu mendorong Yesus untuk meresponinya. Dan saya sangat senang jika Yesus meresponi saya dengan penyataan itu... itu adalah kerana Yesus melihat iman pada org buta itu. Iman seperti itu lah yang mengerakkan ‘tangan’ Tuhan untuk menolong kita!... bersambung hehehe
Jadi, Ketika Yesus fokus kepada misi penyelamatan itu, kewujudan(penyataan) iman dari orang buta itu telah menarik perhatian Yesus dan belas kasihanNya… malah membuatkan Yesus memberi respon yang positif.
ReplyDeletePenerapan:
1st, iman harus DIDASARI dengan suatu pengertian/pengetahuan (pewahyuan) tentang apa yang kita percaya tentang Yesus (janjiNya, kuasaNya …etc.) Firman Tuhan memberikan pengetahuan yang benar tentang Yesus.
2nd, iman harus mengandungi keyakinan penuh bahawa apa yg kita percayai adalah pernyataan Tuhan untuk PERIBADI kita.
3rd, iman harus dinyatakan dalam perbuatan iaitu RESPON kepada apa yang kita ketahui sebagai benar dan pasti.
Jika tidak demikian, saya kuatir iman kita adalah iman yang membabi buta/membuta-tuli.